Azam 2013

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Tahun 2012 semakin melabuhkan tirainya. Banyak yang telah dilalui sepanjang tahun ini. Ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan. Begitulah lumrah dunia. Walauapapun yang telah berlaku, kita sebagai manusia kena redha. Terima seadanya. Ambil iktibar sekiranya perlu.

Sebulan lagi mulalah lembaran baru bagi tahun 2013. Tahun baru, buku baru. Inilah masanya untuk meningkatkan kualiti diri kita kelada yang lebih baik lagi. Atas dasar itulah, FaiCreation Printing & Photography berazam akan meningkatkan kualiti kami pada tahun hadapan. Kualiti gambar yang lebih bermutu, penyerahan produk yang lebih cepat dan perkhidmatan pelanggan yang lebih cekap. Kami juga telah merombak pakej kami menjadi lebih ringkas untuk memastikan kualiti yang bakal kami persembahkan kepada pelanggan.

Kami juga telah menyediakan promosi-promosi menarik yang menguntungkan bakal pengantin. Kami bermurah hati menaja 500 keping bookmark yang bernilai RM 190 yang boleh anda sertakan di dalam door gift anda. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk 1000 keping bookmark dengan harga hanya RM 200. Lebih RM 10 sahaja daripada harga bagi 500 keping! Satu tawaran yang tak patut dilepaskan.

Selain itu, kami juga telah merangka satu program ‘JOM PROMOTE!’. Melalui program ini, kami akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membawa 5 pelanggan yang berjaya membuat tempahan dengan kami. Ganjaran tersebut merupakan satu sesi fotografi FAMILY OUTDOOR. Anda akan menerima sekeping gambar 8R, 30 keping gambar 4R, sebuah album dan sekeping CD. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenainya di tab PROMOSI di atas.

Begitulah serba sedikit perancangan dan panambahbaikan kami untuk bakal-bakal pelanggan kami. Sebagai tanda syukur kerana masih boleh kekal bertapak di dalam pasaran yang mencabar ini.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s