FaiCreation Printing & Photography Services

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Sebelum ini kami hanya dikenali sebagai FaiCreation Photography dan FaiCreation Printing secara berasingan. Kesudahannya, ramai yang tahu tentang FaiCreation Photography tidak tahu pula yang kami juga ada menjalankan perniagaan percetakan melalui FaiCreation Printing. Begitu jugalah sebaliknya. Jadi, pada hari ini kami membuat keputusan untuk menggabungkannya sahaja menjadi FaiCreation Printing & Photography Services.

 Maka mulai hari ini, blog ini buka sahaja akan berkisar mengenai fotografi sahaja, malah akan juga melibatkan perihal percetakan dan design-design bagi perniagaan percetakan kami. Dah terlanjur bercerita tentang perniagaan ni, saya rasa saya nak senaraikan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Dalam Fotografi, kami tawarkan perkhidmatan:

1) Fotografi Pertunangan dan Perkahwinan.
2) Fotografi majlis sambutan hari jadi atau lain-lain.
3) Perkhidmatan mengedit dan mencuci gambar.
4) Perkhidmatan merekabentuk dan mencetak custom album.

Dalam Percetakan pula, kami tawarkan perkhidmatan merekabentuk dan mencetak produk-produk seperti:

1) Kad Kahwin
2) Kad Perniagaan (business card)
3) Cop dengan dakwat sedia ada (Pre-Ink Stamp)
4) Brosur, Flyer dan Pamplet
5) Penanda Buku (Bookmark)
6) Sampul duti raya
7) Kad Jemputan sebarang majlis
8) Kupon/kad Voucher/ Kad diskaun dan yang seumpama dengannya
9) Tag Terima Kasih

Senarai Pakej bagi fotografi seperti yang anda tahu, anda boleh lihat di tab pakej,  tetapi untuk senarai harga produk-produk percetakan, senarainya akan kami paparkan dalam masa terdekat. Dalam masa terdekat ini, anda bolehla melihat di blog sementara kami di http://Faicreationcetakan.wordpress.com.

Setakat ini sahajalah untuk kali ini.

Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s