Update Firmware Terbaru Canon EOS 7D

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Hari ini, saya baru mengetahui tentang update bagi Firmware kamera Canon EOS 7D bakal dilancarkan Ogos ini. Rasanya dah lama kot benda ni, cuma saya je yang baru tau… hehehe…

Nampak gayanya 7D kesayangan saya bakal berevolusi pada bulan Ogos ini. Mengikut apa yang saya dapat daripada laman web Canon USA, terdapat banyak penambahbaikan yang bakal dirasai oleh pengguna 7D dan terdapat juga fungsi-fungsi tambahan yang berguna yang mana memberikan peningkatan baik dari segi foto mahupun video.

Di sini, saya letakkan artikel yang saya terjemahkan daripada laman web Canon USA tersebut. (Sikit-sikit jelah…. hehehe….)

1) Kadar Ledakan Maksimum yang lebih tinggi.

Hahaha!!! nak translate sangat… amek ko direct transaltion…. akekeke…. Erm, sebenarnya yang dimaksudkan ialah Maximum Burst Rate yang lebih tinggi. Kalau sebelum ini, dalam Continuous Shooting Mode, bilangan gambar yang boleh diambil di dalam format RAW ialah 15 keping (maksimumnya), tetapi dengan firmware terbaru ini bilangan gambar yang boleh diambil ialah 25 keping. Sekiranya dalam format JPEG (Large-Fine), dariapada bilangan asal 126 keping meningkat kepada 130 keping. Ini menjadikan kelajuannya meningkat kepada 8 fps.

2) Keserasian dengan Canon GPS Receiver GP-E2

Melalui firmware terbaru ini, Canon EOS 7D boleh menggunakan gadget GPS receiver GP-E2 untuk merekodkan lokasi pengambaran di dalam data EXIF setiap gambar. Segala koordinat, arah dan ketinggian dapat dikesan di dalam data EXIF gambar. Sangat berguna kepada mereka yang suka mengembara.

3) Pengubahsuian aras audio secara manual

Fungsi ini membantu kita mendapatkan kualiti audio yang optimum seasa merakam video. Dengan ini, kita boleh kawal kekuatan bunyi yang dirakam mengikut situasi. Sekiranya kawasan rakaman kita itu mempunyai bunyi yang perlahan, kita boleh tingkatkan aras bunyinya dan sebaliknya di tempat yang sangat bising, kita boleh kurangkan arasnya.

4) Limitasi Maksimum untuk ISO AUTO

Ini merupakan fungsi tambahan kepada mereka yang gema menggunakan mode auto ISO. Sekiranya sebelum ini, maksimum ISO dalam ISO AUTO ialah 3200, tetapi dengan firmware baru ini, limit maksimumnya ditingkatkan sehingga 6400. Selain itu, sekiranya sebelum ini tiada fungsi untuk menghadkan ISO tertinggi yang boleh ditetapkan dalam ISO Auto ini, tetapi dengan firmware terbaru ini, kita boleh menetapkan limit daripada 400 hinggalah 6400.

5) Pemproses Imej RAW Di dalam Kamera

Seperti tajuk di atas, dengan firmware terbaru, kita boleh edit terus Gambar yang diambil dalam format RAW dan savenya dalam format JPEG. Jadi segala perkara-perkara seperti white balance, Picture style, High ISO Noise reduction dan sebagainya boleh dilakukan terus di dalam kamera sahaja. Ini menjimatkan masa ketika proses edit di komputer kelak.

6) Mengubah saiz Gambar JPEG

Firmware ini juga membolehkan kita mengubah saiz gambar JPEG terus di dalam kamera dan savenya sebagai satu fail yang baru.

7) Menetapkan Rating kepada gambar di dalam kamera

Fungsi ini membolehkan kita melatakkan rating kepada gambar-gambar terbaik kita daripada ratusan keping gambar yang telah kita ambil. Dengan meletakkan rating, kita boleh lihat semula gambar-gambar terbaik kita dengan memilih supaya kamera menunjukkan gambar yang telah dirating sahaja. ini mejimatkan masa kita tanpa perlu melihat semula gambar-gambar yang lain, yang beratus-ratus jumlahnya.

8) Pengawalan yang lebih cepat ketika melihat gambar

Ini merupakan satu penambahbaikan yang sangat berguna dimana kita boleh mendapatkan akses yang lebih pantas terhadap beberpa fungsi protect image, rating, rotate, image jump dan sebagainya. Ini merupakan satu fungsi yang sangat-sangat menjimatkan masa.

9) Mengubah nama fail

Fungsi ini membenarkan kita mengubah 4 aksar pertama pada nama fail gambar tersebut. Ini sangat berguna untuk mengasingkan gambar-gambar yang daripada majlis-majlis atau perkara-perkara yang berbeza.

10) Penetapan Zon Masa

Ini merupakaan satu lagi fungsi tambahan yang memberikan kelebihan kepada mereka yang gemar mengembara. Mereka boleh menetapkan zon masa yang betul mengikut lokasi semasa mereka.

11) Pembesaran gambar yang lebih cepat

Semas untuk memeriksa ketajaman gambar, kita sering zoom gambar tersebut. Firmware ini mempercepatkan proses pembesaran gambar tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s