BERCERITA TENTANG CAHAYA (BAHAGIAN 2)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Hari ni kita sambung lagi cerita tentang cahaya. Dah hutang lama dah dengan tajuk ni. Erm, kalau sebelum ni dah cerita serba sedikit tentang sumber-sumber cahaya. Hari ni kita bercerita pula dari segi arah cahaya.

1) Cahaya dari hadapan

Seperti namanya cahaya datang dari arah hadapan subjek. Cahaya ini dari sudut positifnya memberikan cahaya yang sekata pada muka subjek. Ia juga memudahkan proses metering pada kamera kerana cahayanya sekata pada uka dan tak banyak bayang-bayang terbentuk pada muka subjek. Tapi, dari sudut negatifnya, cahaya ini menjadikan muka subjek nampak flat dan membosankan. Sebarang tekstur atau kedutan pada muka dikurangkan dan menjadikan gambar ini tidak menarik.

2) Cahaya dari tepi

Juga seperti namanya, cahaya datang dari sebelah tepi subjek. Cahaya ini manampakkan tekstur dan bentuk wajah subjek. Cahaya ini mampu menjadikan gambar subjek lebih menarik berbanding daripada cahaya dari hadapan. Dari sudut positifnya, cahaya ini dapat membantu kita mengasingkan antara subjek dan background. Cahaya ini juga membantu menonjolkan tekstur pada subjek seperti kulit pokok, pagar dan sebagainya. Dari sudut negatifnya pula, cahaya ini pada sesetengah orang mungkin akan menyebabkan cahaya di sebelah bahagian muka terlalu gelap dan sebelah lagi terlalu terang. Ini mungkin disebabkan oleh bentuk rangka muka mereka. Walaubagaimanapun, hal ini boleh diselesaikan dengan menggunakan fill flash.

3) Cahaya dari arah belakang.

Cahaya ini boleh datang dari arah betul-betul belakang subjek ataupun dari arah belakang-kiri @ belakang-kanan. Mengikut kefahaman saya, cahaya dari arah belakang ni dapat memberikan kesan yang dipanggil rim light, dimana cahaya yang seolah-olah bersinar di bahagian tepi subjek. Contohnya, sekiranya cahaya dipancarkan dari arah belakang-kiri subjek, bahagian bahu kanan dan rambut @ tudung sebelah kanan akan bercahaya dan ini membantu mengasingkan antara subjek dan background. Saya tidak pasti sekiranya rim light dikategorikan sebagai cahaya yang lain, tetapi apa yang pasti kesannya adalah seperti yang saya nyatakan seperti di atas. Cahaya dari arah belakang ini jika datang dari betul-betul belakang subjek, dengan setting kamera yang betul, kita boleh mengambil gambar sillohuette subjek tersebut.

Kesimpulan

Secara kasarnya, inilah tiga arah asas bagi pencahayaan bagi menghasilkan gambar yang menarik. Namun, bagi mendapatkan gambar yang betul-betul menarik, kita biasanya tidak hanya menggunakan satu arah. Kebiasaannya, jurugambar menggabungkan dua atau ketiga-tiga cahaya ini untuk menerangkan subjek. Bagaimana caranya? Mungkin kita boleh ceritakan lagi untuk siri yang lain…. Kalau adalah… hehehe… InsyaAllah…. Kita tengok macamana….

P.S – teringin nak join kursus Ted Adnan tentang pencahayaan nih…. Bilalah agaknya tu…. Huhuhu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s