Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Sibuk sangat baru-baru ni… takde masa nak update blog… hehehe…. walaupun dah agak lambat, ini ada satu artikel yang menarik untuk dikongsikan bersama. artikel ini dicopy & paste dari laman web http://alhidayah.saujanautama.net.

Semoga sama=sama kita mendapat iktibar manfaat darinya….

Hikmah Kejadian Alam

Pada suatu malam, Nabi Muhammad s.a.w mendekati isterinya Saidatina ‘Aisyah r.a dan bersama-sama dalam satu selimut hingga bersentuhan kulit. Rasulullah kemudian bersabda, ‘ Adakah engkau izinkan aku malam ini untuk beribadat kepada tuhanku’. ‘Aisyah menjawab, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya aku suka berdekatan dengan tuan dan juga suka tuan lakukan apa yang tuan inginkan, lakukanlah apa yang tuan suka’.

Maka Rasulullah pun bangun mengambil wudhu dan seterusnya bersolat sehingga mengalir ait mata membasahi kedua pipinya. Selesai solat baginda menangis sehingga air matanya membasahi bumi,

Ketika hari hampir subuh, datanglah Bilal untuk melakukan azan. melihat keadaan rasulullah, maka Bilal pun bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah tuan menangis sedangkan Allah telah mengampunkan dosa tuan yang telah lalu dan yang akan datang’. Jawab Rasulullah, ‘Wahai Bilal, tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang bersyukur. Betapa aku tidak menangis, sedangkan Allah telah menurunkan kepada ku pada malam ini yang bermaksud; Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada peredaran malam dan siang itu benar-benar merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah bagi yang berakal’ (Al-Imran:193). Sabda baginda lagi, ‘Celakalah orang yang membacanya sedang ia tidak memikirkan kandungannya’.

Jika diteliti akan kandungan Al-Qur’an, perkataan yang membawa maksud langit, bumi, bintang, matahari, bulan dan cakerawala banyak disebutkan. Malahan Allah banyak bersumpah dengan kejadian-kejadian tersebut. Ini memberikan pengertian kepada kita untuk menggunakan akal fikiran yang dikurniakan bagi memikirkan tentang kewujudan langit, bumi serta apa yang terkandung antara keduanya. Dalam Al-Quran sendiri banyak ayat mengajak dan mendorong manusia berfikir tentang kejadian tersebut.

Antaranya, ‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera belayar di lauitan membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati kering dan Dia sebarkandi bumi dengan sehala haiwan, penyusuran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan’. (Al-Baqarah :164).

Ayat di atas menunjukkan bahawa tanda kewujudan Allah bukan hanya dinyatakan dalam Al-Quran, tetapi juga terpapar dalam alam semesta. melihat kejadian langit dan bumi serta peredarannya yang menakjubkan membuatkan kita terpegun dan terasa mustahil ianya tercipta dengan sendirinya. Sudah tentu ada pengurus dan pengawalnya. Malahan menurut fitrah, pada hakikatnya manusia mengakui bahawa semua ini dijadikan oleh Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, ‘Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan ?’, Tentu mereka akan menjawab, ‘Allah’, betapakah mereka dipalingkan dari jalan yang benar” (An-Kabut :61).

Langit yang terbenatang tanpa tiang dari bawah dan tali dari atas, tidak diketahui keluasannya. Matahari pula tidak pernah padam cahayanya. Bulan yang cahayanya memberikan keindahan malam, kerlipan bintang yang menjadi panduan para nelayan dan pemgembara. Awan berarak yang mengandungi air, entah berapa ribu tan beratnya, melayang di udara seperti kapas. Bumi yang permukaannya menjadi tempat tinggal makhluk dan perutnya menjadi tempat tinggal makhluk mati pula penuh dengan berbagai keajaiban. Bumi asalnya mati, tetapi tumbuh dengan berbagai tumbuhan apabila disirami air. Ada pohon yang besar, kecil, tinggi dan rendang. Ada yang berbuah, ada yang tidak dan yang berbuah pula terdapat berbagai rupa, rasa, saiz dan baunya. Gunung, bukit bukau, tasik, sungai, lautan dan banyak lagi kejadian yang tidak mampu untuk dinyatak satu persatau.

Ciptaannya begitu indah dan teratur. Matahari tetap terbit pada setiap pagi. Malam dan siang silih berganti membezakan waktu rehat dan waktu bekerja. Bumi yang sambil berotasi juga mengelilingi matahari sambil membawa bulan yang turut mengorbit bumi. Semuanya beredar dalam falaknya dan tidak pernah berlaku sebarang perlanggaran antara bulan, bintang, bumi danmatahari. kesemuanya menunjukkan wujudnya Allah dengan segala sifat kebesaran keesaan, kekuasaan dan kesempurnaan sebagaimana firman Allah, ‘Sekiranya ada di langit dan di bumi, tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya rosak binasa’.(Al-Anbiya:22)

Apa yang ada di langit dan bumi jika diperhatikan dengan lebih mendalam, sebenarnya mempunyai satu hubungan yang teratur antara satu sama lain. Umpamanya matahari, merupakan asal pengada makanan. tanpa matahari tumbuhan tidak boleh hidup kerana tidak boleh melakukan proses fotosintesis. Tiada tumbuhan, tiada makanan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang sesuai untuk mahluk ciptaannya. Jika tidak, ini bukanlah sifat kesempurnaan Allah. Oleh itu peraturan-peraturan yang telah ditentukan dalam Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w sangat bersesuaian dengan tabiat manusia.

Jalan inilah yang sepatutnya diambil oleh setiap individi yang bergelar Muslim, iaitu menyerahkan diri kepada perintah penciptanya dalam apa jua aspek kehidupan ini; beribadat, mencari nafkah, tindak tanduk dan tingkahlaku, dalam hidup berkeluarga, bermasyarakat, memerintah negara dan sebagainya.

Firman Allah, ‘Dan bahawa apa yang kami perintahkan ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalanNya. yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa’. (Al-An’am:153)

Bagaimanapun kebanyakan manusia tidak kagum dengan kebesaran Allah yang dipaparkan menerusi kejadian alam ini. Sebaliknya manusia lebih kagum dengan kemewahan dunia dan terlalai untuk memahami dan menginsafi hikmah keindahan dan kesempurnaan kejadian alam. Manusia tidak tertarik untuk merenung dan membicarakan kejadian langit dan bumi. Sebaliknya kita lebih suka membicarakan hal ehwal bintang-bintang filem dan rockers dari memikirkan kejadian bintang yang bertaburan di angkasa. Marilah kita menginsafi akan peringatan Allah dalam firmanNya, ‘Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah. mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah’. (Al-A’raaf:179)

Segala kejadian di langit dan bumi beredar dan patuh menurut ketentuan daripada Allah, manusia menunjukkan sikap sombongnya, bertindak sesuka hati mengabaikan ketentuan dan titah perintah Allah dalam kehidupan hariannya. malahan ada pula yang bersikap negatif, mempersenda, memperkecilkan atau menjadi penghalang ke atas sebarang usaha kearah pelaksanaan ketentuan dan perintah Allah. Dalam hal ini Allah memberikan amarannya dengan firmanNya, ‘Dialah Allah yang memiliki segala apa yangdi alngit dan di bumi dan kecelakaanlah bagi orang yang ingkar dengan siksaan yang sangat pedih iaitu orang yang menyukai kehidupan dunia dari kehidupan akhirat yang menghalangi menusia dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok’. (Ibrahim:2-3)
Rujukan : Tafsir Abrain Juzuk 4, Ahmad Sonhaji Mahmud, Pustaka Al-Mizan, 1989

Hikmah Kejadian AlamPada suatu malam, Nabi Muhammad s.a.w mendekati isterinya Saidatina ‘Aisyah r.a dan bersama-sama dalam satu selimut hingga bersentuhan kulit. Rasulullah kemudian bersabda, ‘ Adakah engkau izinkan aku malam ini untuk beribadat kepada tuhanku’. ‘Aisyah menjawab, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya aku suka berdekatan dengan tuan dan juga suka tuan lakukan apa yang tuan inginkan, lakukanlah apa yang tuan suka’.

Maka Rasulullah pun bangun mengambil wudhu dan seterusnya bersolat sehingga mengalir ait mata membasahi kedua pipinya. Selesai solat baginda menangis sehingga air matanya membasahi bumi,

Ketika hari hampir subuh, datanglah Bilal untuk melakukan azan. melihat keadaan rasulullah, maka Bilal pun bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah tuan menangis sedangkan Allah telah mengampunkan dosa tuan yang telah lalu dan yang akan datang’. Jawab Rasulullah, ‘Wahai Bilal, tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang bersyukur. Betapa aku tidak menangis, sedangkan Allah telah menurunkan kepada ku pada malam ini yang bermaksud; Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada peredaran malam dan siang itu benar-benar merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah bagi yang berakal’ (Al-Imran:193). Sabda baginda lagi, ‘Celakalah orang yang membacanya sedang ia tidak memikirkan kandungannya’.

Jika diteliti akan kandungan Al-Qur’an, perkataan yang membawa maksud langit, bumi, bintang, matahari, bulan dan cakerawala banyak disebutkan. Malahan Allah banyak bersumpah dengan kejadian-kejadian tersebut. Ini memberikan pengertian kepada kita untuk menggunakan akal fikiran yang dikurniakan bagi memikirkan tentang kewujudan langit, bumi serta apa yang terkandung antara keduanya. Dalam Al-Quran sendiri banyak ayat mengajak dan mendorong manusia berfikir tentang kejadian tersebut.

Antaranya, ‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera belayar di lauitan membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati kering dan Dia sebarkandi bumi dengan sehala haiwan, penyusuran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan’. (Al-Baqarah :164).

Ayat di atas menunjukkan bahawa tanda kewujudan Allah bukan hanya dinyatakan dalam Al-Quran, tetapi juga terpapar dalam alam semesta. melihat kejadian langit dan bumi serta peredarannya yang menakjubkan membuatkan kita terpegun dan terasa mustahil ianya tercipta dengan sendirinya. Sudah tentu ada pengurus dan pengawalnya. Malahan menurut fitrah, pada hakikatnya manusia mengakui bahawa semua ini dijadikan oleh Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, ‘Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan ?’, Tentu mereka akan menjawab, ‘Allah’, betapakah mereka dipalingkan dari jalan yang benar” (An-Kabut :61).

Langit yang terbenatang tanpa tiang dari bawah dan tali dari atas, tidak diketahui keluasannya. Matahari pula tidak pernah padam cahayanya. Bulan yang cahayanya memberikan keindahan malam, kerlipan bintang yang menjadi panduan para nelayan dan pemgembara. Awan berarak yang mengandungi air, entah berapa ribu tan beratnya, melayang di udara seperti kapas. Bumi yang permukaannya menjadi tempat tinggal makhluk dan perutnya menjadi tempat tinggal makhluk mati pula penuh dengan berbagai keajaiban. Bumi asalnya mati, tetapi tumbuh dengan berbagai tumbuhan apabila disirami air. Ada pohon yang besar, kecil, tinggi dan rendang. Ada yang berbuah, ada yang tidak dan yang berbuah pula terdapat berbagai rupa, rasa, saiz dan baunya. Gunung, bukit bukau, tasik, sungai, lautan dan banyak lagi kejadian yang tidak mampu untuk dinyatak satu persatau.

Ciptaannya begitu indah dan teratur. Matahari tetap terbit pada setiap pagi. Malam dan siang silih berganti membezakan waktu rehat dan waktu bekerja. Bumi yang sambil berotasi juga mengelilingi matahari sambil membawa bulan yang turut mengorbit bumi. Semuanya beredar dalam falaknya dan tidak pernah berlaku sebarang perlanggaran antara bulan, bintang, bumi danmatahari. kesemuanya menunjukkan wujudnya Allah dengan segala sifat kebesaran keesaan, kekuasaan dan kesempurnaan sebagaimana firman Allah, ‘Sekiranya ada di langit dan di bumi, tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya rosak binasa’.(Al-Anbiya:22)

Apa yang ada di langit dan bumi jika diperhatikan dengan lebih mendalam, sebenarnya mempunyai satu hubungan yang teratur antara satu sama lain. Umpamanya matahari, merupakan asal pengada makanan. tanpa matahari tumbuhan tidak boleh hidup kerana tidak boleh melakukan proses fotosintesis. Tiada tumbuhan, tiada makanan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang sesuai untuk mahluk ciptaannya. Jika tidak, ini bukanlah sifat kesempurnaan Allah. Oleh itu peraturan-peraturan yang telah ditentukan dalam Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w sangat bersesuaian dengan tabiat manusia.

Jalan inilah yang sepatutnya diambil oleh setiap individi yang bergelar Muslim, iaitu menyerahkan diri kepada perintah penciptanya dalam apa jua aspek kehidupan ini; beribadat, mencari nafkah, tindak tanduk dan tingkahlaku, dalam hidup berkeluarga, bermasyarakat, memerintah negara dan sebagainya.

Firman Allah, ‘Dan bahawa apa yang kami perintahkan ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalanNya. yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa’. (Al-An’am:153)

Bagaimanapun kebanyakan manusia tidak kagum dengan kebesaran Allah yang dipaparkan menerusi kejadian alam ini. Sebaliknya manusia lebih kagum dengan kemewahan dunia dan terlalai untuk memahami dan menginsafi hikmah keindahan dan kesempurnaan kejadian alam. Manusia tidak tertarik untuk merenung dan membicarakan kejadian langit dan bumi. Sebaliknya kita lebih suka membicarakan hal ehwal bintang-bintang filem dan rockers dari memikirkan kejadian bintang yang bertaburan di angkasa. Marilah kita menginsafi akan peringatan Allah dalam firmanNya, ‘Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah. mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah’. (Al-A’raaf:179)

Segala kejadian di langit dan bumi beredar dan patuh menurut ketentuan daripada Allah, manusia menunjukkan sikap sombongnya, bertindak sesuka hati mengabaikan ketentuan dan titah perintah Allah dalam kehidupan hariannya. malahan ada pula yang bersikap negatif, mempersenda, memperkecilkan atau menjadi penghalang ke atas sebarang usaha kearah pelaksanaan ketentuan dan perintah Allah. Dalam hal ini Allah memberikan amarannya dengan firmanNya, ‘Dialah Allah yang memiliki segala apa yangdi alngit dan di bumi dan kecelakaanlah bagi orang yang ingkar dengan siksaan yang sangat pedih iaitu orang yang menyukai kehidupan dunia dari kehidupan akhirat dang menghalangi menusia dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok’. (Ibrahim:2-3)
Rujukan : Tafsir Abrain Juzuk 4, Ahmad Sonhaji Mahmud, Pustaka Al-Mizan, 1989

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s