Bercerita Tentang Cahaya (Bahagian 1)

Fotografi seperti mana yang kita tahu berasal dari perkataan Greek iaitu Lukisan Cahaya. Sekiranya cat warna menjadi medium kepada melukis untuk menghasilkan karya mereka, jurugambar pula sebenarnya menggunakan cahaya sebagai medium mereka dalam menghasilkan karya. Ini menunjukkan bahawa cahaya memainkan peranan yang penting dalam dunia fotografi.

Kita semua tahu itu semua, tapi ramai daripada kita tidak tahu tentang wujudnya jenis-jenis cahaya yang dapat membantu menghasilkan gambar yang berbeza dari segi mood dan nilai artistik gambar tersebut. Dengan mengetahui jenis-jenis cahaya ini, kita dapat memanipulasi subjek kita yang asalnya tidak menarik menjadi sebuah gambar yang menarik. Untuk pengetahuan, saya sebagai penulis artikel ini masih tidak 100% faham tentangnya. Namun, artikel ini ditulis dengan tujuan untuk dikongsikan bersama ilmu cetek saya yang tidak seberapa ini. Ia juga bertujuan supaya pemahaman saya bertambah baik sepanjang proses penghasilan artikel ini disamping mengabadikan pengetahuan ini untuk rujukan saya sendiri di masa hadapan. Sekiranya ada yang membaca artikel ini dan mendapati ada kesilapan di dalam penerangan saya yang mungkin disebabkan pemahaman saya yang tidak mantap, silalah memberi teguran anda dengan penuh keikhlasan.

Untuk permulaan kita boleh bahagikan jenis-jenis cahaya ini dari segi SUMBER CAHAYA itu sendiri. Mengikut pemahaman saya terdapat dua jenis, iaitu Cahaya Asli  dan Cahaya Artifisial.

Cahaya Asli ialah cahaya yang datangnya daripada alam semulajadi kita. Ianya boleh datang dari cahaya matahari, cahaya bulan, cahaya bintang, cahaya kilat dan juga boleh juga datang dari cahaya si kunang-kunang…. Hehehe….

Cahaya Artifisial pula ialah cahaya buatan yang tehasil daripada samada mentol lampu, lampu denyar (flash), lampu tungsten, lampu kereta dan sebagainya.

Nak cerita sikit tentang Cahaya Ambien. Cahaya ambien mengikut pemahaman saya ialah cahaya pesekitaran yang mana sumbernya boleh datang dari kedua-dua jenis cahaya disebutkan di atas tadi. Asalkan ianya bukan cahaya tambahan daripada jurugambar, ianya dipanggil cahaya ambien. Cahaya matahari, cahaya bulan, cahaya lilin malahan cahaya yang terhasil daripada lampu persekitaran juga  merupakan cahaya ambien.

Beberapa contoh penggunaan Cahaya Asli dan Cahaya Artifisial di dalam gambar di bawah.

1)      Contoh Penggunaan Cahaya Asli Sahaja

Ini adalah contoh yang paling mudah. Gambar yang diambil di bawah sinaran matahari.

Di dalam gambar ini, cahaya asli yang datang dari tingkap digunakan untuk menghasilkan mood di dalam gambar ini. Gambar ini di ubah kepada hitam putih untuk menaikkan nilai artisitik dan penjiwaan terhadap gambar ini.

2)      Contoh penggunaan Cahaya Artifisial sahaja

Dalam gambar ni saya gunakan cahaya flash untuk overwrite cahaya persekitaran. Menjadikan seolah-olah cahaya di dalam bilik agak gelap.

Di dalam gambar ini saya menggunakan cahaya daripada laptop untuk menerangi muka subjek. Sekali lagi, dengan setting kamera yang betul menjadikan seolah-olah subjek berada di dalam bilik yang agak gelap.

3)      Contoh penggunaan Cahaya Ambien+ Cahaya Tambahan

Di dalam gambar ini, saya meletakkan satu board putih di atas meja. Fungsinya memantulkan cahaya lampu kalimantang di atas (Cahaya ambien). Dengan ini, saya dapat mencerahkan bahagian bawah subjek. Dalam masa yang sama, saya juga menggunakan cahaya tambahan daripada flash utk memberikan pencahayaan yang agak sekata dari hadapan.

Pada artikel BERCERITA TENTANG CAHAYA (BAHAGIAN 2), kita akan bercerita pula tentang jenis-jenis cahaya berdasarkan arah kedudukan cahaya.

2 responses to “Bercerita Tentang Cahaya (Bahagian 1)

  1. Perkongsian yang sangat bagus. Terima kasih Tuan Guru.. hehehe

    • ceh, x sampai tahap tuan guru lagi… uhuhu… perkongsian ni lebih kepada supaya diri tak lupa apa yg dipelajari. tp, kalau ada yg lain dpt manfaat darinya alhamdulillah… hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s