Sayangnya…

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

  Dulu, masa mula2 pegang kamera, memang semangat habis. Join forum sana-sini, baca majalah itu ini, Join kelas itu ini. Memang seronok habis. Saya percaya ramai yang begitu masa mula-mula… hehe… Masa tu semangat nak belajar pasal ISO, Shutter Speed dan Aperture. Almaklumlah, inilah 3 asas terpenting kalau nak pelajari fotografi. Tak paham 3 menda ni, susah nak teruskan ke bab2 yang seterusnya. Bila dah faham, barulah bleh teruskan belajar tentang teknik2 pulak. Tp, dlm ramai2 ada jugak new comer yg terlalu rakus sehinggakan mempelajari teknik asas secara ala kadar tapi, sibuk membincangkan tentang lensa apa nak beli lagi, body apa nak beli utk upgrade & 1001 macam persoalan dan keinginan untuk menaikkan ‘imej fotografi’ diri sendiri dari pandangan mata kasar orang lain. Saya juga  merupakan salah seorang yang hampir terjerumus jauh. Baru setahun memiliki kamera tersebut, atas hasutan dan racun yang diberi oleh seorang teman, saya dah mula membeli 2 biji lensa tambahan dan sebiji external flash. Lensa tersebut ialah 55-250mm dan 50mm f1.8. Mujurlah saya cepat tersedar… untuk satu jangkamasa yang lama saya bersama dengan perkakasan yang telah ada. Ramai yang suruh saya upgrade body kamera kerana mengikut mereka saya patut upgrade sebab dah guna kamera tu 2 tahun. Tp, sy sabarkan diri saya dan duit yang ada saya gunakan untuk bayaran yuran kursus-kursus fotografi, ebook2 fotografi dan buku2 serta majalah2 fotografi. Pada ketika itu hanya kit lens yang sentiasa menemani saya ke mana sahaj saya pergi. Sehinggalah pada tahun keempat barulah saya membeli sebuah lagi body baru bersama lensa baru memandangkan saya merasakan ianya diperlukan dalam tugasan2 saya. Dan alhamdulillah pada hari yang sama, isteri saya telah menghadiahkan sebuah lensa makro sebagai hadiah Hari Lahir… hehehe… dan dari situ saya mula mempelajari tentang makro pula. Dan dengan peralatan baru, saya juga sentiasa upgrade diri saya dengan teknik2 yang baru. Sekiranya kita memilih dunia fotografi sebagai salah satu perjalanan hidup kita, saya berpendapat bahawa kita tak seharusnya berhenti belajar. Kerana, semakin banayak yang kita belajar, semakin banyak kita sedar yang kita tak tahu.Dunia fotografi ni memang sangat luas.

Tapi, sayangnya… ada yang baru2 berjinak ada yang sgt malas nak belajar. ada peluang n masa untuk ke kelas fotografi, tapi itu dirasakan mereka sangat membazir. Mereka merasakan mereka boleh mempelajarinya 100% dari internet. Salah tu dik. Kita perlu jugak manusia yang mengajar kita supaya kita tidak sesat, tidak salah fahaam. Kalau ada kelapangan pergilah sertai kelas2. Satu sessi kelas tu aje dah boleh cover berpuluh2 sesi masa kita mempelajarinya di internet.  Dan sekali lagi sayangnya… yang lama pulak dah hilang semangat nak belajar sebab rasa dah tau sume. Dunia fotografi bukan sahaja luas, tapi sentiasa berkembang jugak. Jadi, kalau kita malas nak teruskan semangat belajar kita, kita akan ketinggalan. Serupalah dengan 2 otai yang dah berkecimpung dalam fotografi sejak zamanfilem lagi. Otai A kata dia malas nak cuba dslr sebab pada dia dslr menjadikan kita malas berfikir. Maka tinggallah dia dengan slr dan filemnya. Otai B pula seorg yang sanggup mencuba benda2 yang baru. Dia yang sudah mahir dgn slr, ditambah dengan kemahiran baru dslr menjadikan ‘darjat’nya dalam dunia fotografi lebih tinggi. Otai A pula kekallah dia di takuk lama dan hanya boleh bercerita tentang slr dan filem sahaja tetapi Otai B boleh belaka. Nak citer pasal slr dan filem? mmg dah expert dah. pasal dslr? takde hal… hehe….

Itulah sebabnya wujudnya artikel merapu ini. Semuanya kerana peasaan sayangnyaaaa… kepada geng2 seangkatan yang sudah luntur minatnya dan sudah menjadikan gear fotografi mereka sebagai jeruk yang tidak boleh dimakan di rumah maisng2… Juga tak lupa kepada perasaan sayangnyaaa.. kepada kawan2 yang baru nak berjinak2, tapi taknak beri masa kepada diri sendiri untuk belajar. Beli kamera mahal2, tapi 24jam guna fungsi auto. Serupa itu orang beli Handhone smartphone, tapi, guna untuk sms dan call je… Padahal macam2 bleh buat dengan smartphone tu… huhuhu… Nak diikutkan pedulikan jelah kan… bukan guna duit kitapun beli kamera diorg tu. Tapi, tulah… Sayangnya… hehehe….

One response to “Sayangnya…

  1. Tahniah bro, akhirnya dapat lensa macro. Itu untungnya ada isteri yang memahami.😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s