Pernah cuba panning?

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Panning ke pening? akekeke…. lebih kurang la tu… pening gak kalau buat panning ni tak berenti2… hehe….

Panning tu apa ek sebenarnya? erm, ikut kata encik wikipedia, kataya panning tu ‘ the horizontal movement or rotation of a still or video camera, or the scanning of a subject horizontally on video or a display device.’ yang maksudnya pergerakan atau putaran kamera secara horizontal ataupun mengimbas subjek pada video secara horizontal. Ha! amek kau direct translation… akekekeke….

Pernah tengok tau fotografer litar lumba tangkap gambo kete lumba? Apa yang fotografer tu buat, dia akan fokus pada trek yang dijangka kereta tu akan tiba, n bila kereta tu tiba, dia akan follow kereta tu sambil snap tak henti-henti dan hasilnya, InsyaAllah akan dapatla kita sebuah gambar kereta yang sharp n backgroundnya seakan-akan ada movement dan itulah yang dipanggil panning dalam fotografi. Pening? hehehe…. Nak lebih faham, korang tengok gambar di bawah ni….

Contoh gambar panning

Gambar di atas, bukan gambar saya ye… gambar cilok dari encik google…. hehehe… tapi, gambar di atas tu adalah contoh gambar panning. Teknik ini menampakkan pergerakan terhadap subjek tersebut. Teknik ini menjadikan subjek tersebut nampak bergerak laju di dalam gambar.

Bagaimana melaksanakan teknik ini?

1. Pastikan anda berada di kawasan yang tiada gangguan untuk anda melakukan panning seperti penonton ke atau lain2.

2. Pastikan juga anda berada di tempat yang selari dengan laluan subjek anda. Ini akan memudahkan anda melakukan teknik ini.

3. Shutter (pada sayalah….) guna shutter yang agak perlahan… dalam 1/60 ke.. ikut keadaanlah.

4. Gunakan AI focus @ AI Servo (nikon guna istilah continuous focus kalau tak silap).

5. Lock focus pada subjek sebelum bergerak, ataupun lock focus pada mana2 kawasan yang dijangka tiba.

6. Bila subjek mula bergerak ataupun bila subjek tiba di kawasan yang kita focus tadi, tekan shutter dan ikut pergerakan subjek tersebut.

7. InsyaAllah, dalam banyak2 snap kita tu, akan ada sekeping dua yang boleh diterima.

Di bawah adalah antara percubaan saya dengan menggunakan teknik ini…

contoh panning 1

contoh panning 2

Taklah sehebat mana, tapi bolehla untuk menggambarkan hasil akhir dengan menggunakan teknik ini…. hehehe….

Rasanya cukupla dulu untuk post kali ini. Salah silap harap tegur….šŸ™‚

Pada yang belum mencuba tu, selamat mencubalah ye… hehe…

sekian. wassalam….

2 responses to “Pernah cuba panning?

  1. Good info bro!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s