Fakta Menarik Tentang Fotografi

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Baru-baru ni saje-saje je dok surfing internet cari fakta-fakta tentang fotografi. Terdapat macam-macam fakta yang menarik telah saya baca. Tak kurang jugak fakta-fakta lucu dan mengarut tapi agak logik jugak. So, untuk post kali ni, saya rasa elok jugak saya translatekan sket beberapa fakta tersebut dan dikongsikan bersama…. hehe…

Fakta yang menarik:

  1. Proses Daguerreotype merupakan proses fotografi yang pertama yang berjaya menghasilkan gambar. Ia dhasilkan oleh Louis Daguerre.
  2.  Proses yang pertama dikenalpasti dapat menghasilkan gambar dengan exposure yang betul  mengambil masa 10-20 minit. Sepanjang tempoh ini, subjek dikehendaki berada dalam keadaan pegun/ tidak bergerak. Ianya merupakan proses Daguerreotype yang pertama.
    – Uish…. kojang kaki pakcik kok kono berdiri tongah paneh selamo tu… akekekeke….
  3. Pemilik syarikat KODAK (George Eastman) menamakan syarikatnya dengan nama yang padanya merupakan bunyi yang terhasil dari shutter kamera.
    – Hahaha… ko-dak! bunyi kameraku dikeheningan majlis itu….
  4. Kamera digital yang pertama dipasaran hanyalah 1.4 MP dan dijual pada harga $10,000.
    – Huiyooo… mahal tu….

Fakta Mengarut tapi Logik….

Bagi penggemar fotografi anda :

  1. memadam lebih banyak gambar dalam masa seminggu berbanding dari kebanyakan orang lain buat dalam setahun.
  2. sentiasa memerlukan satu je lagi lensa.
    – haha… ni biasa kena racun ngan orang lain ni… akekekeke….
  3. mempunyai beribu-ribu gambar, tapi takde satupun anda dalam gambar tersebut.
    – betul2… patutla orang slalu ingat den tak datang majlis… takdo bukti gambar rupo eh… hahaha…
  4. lebih meneliti tentang pencahayaan dalam sesuatu movie keitka anda menontonnya berbanding daripada meneliti jalan ceritanya.
    – hahaha…. ya betul.. pernah berlaku kat diri sendiri ngan kawan2… kekeke….
  5. terlepas babak menarik antara dua watak utama sebab anda lebih memberi tumpuan pada bokeh yang lemak berkrim di belakang mereka.
    – haha… lepas tu puas pikir pasal lensa apa yang diorg guna ye tak? wakakaka….
  6. sentiasa boleh berbual mesra dengan penggemar fotografi yang lain, lebih rancak perbualannya kalau nak dibandingkan ketika anda bersama pakcik saudara anda.
    – no komen… wakakakaka….

haha…. seronok jugak baca fakta-fakta tentang sesuatu perkara yang kita minat ni sekali sekala…. hehehe…..

oklah, setakat ini jelah dulu… harap ada yang mendapat manfaat dari post kali ni, paling tidakpun moga ada yang terhibur… hehehe…

Wassalam.

7 responses to “Fakta Menarik Tentang Fotografi

  1. Geng, ko pegi tak Canon PhotoMarathon Malaysia 2011?

  2. tone warna yang lembut bak pastel..

    • haha… kalau yg camtu tak pastilah… pernah try buat… kadang2 menjadi, kadang2 tak menjadi… akekeke… biasanya bila buat menda2 gini memang tak setting dalam ingatan… buat ikut logik2 je… kekeke… tanyalah yang lebih pakar dalam potosop tu… ntah2 rahsia ni tau… saje je buat2 tanya nak test… kekeke…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s