Biar gambo tak cantik, asal ada gaya….

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia…

Tajuk post kali ni ‘Biar gambar tak cantik, asal ada gaya”…. akekekeke…. ni ada sorg pengajar fotogrfi tu yg cakap… hehehe…
Tp, jgn salah faham, dia tak maksudkan tu… seloroh aje… cuma saje je kuarkan pernyataan tu masa nak ngajar beginner2 dslr cara nak pegang kamera dengan betul… dah alang2 ada kamera canggih, biarlah gambarpun cantikkan… tapi, kalau cara pegangpun tak betul, pelik plak org tengok.. itu satu sebab… yang keduanya, cara pegang kamerapun mempengaruhi gak serba sedikit dalam penghasilan gambar yang cantik… kenapa saya cakap macam tu? Teruskanlah membaca ye…. hehehe….

1) Gunakan tangan kanan untuk memegang badan kamera.

Yang ni common sense ya… tangan rekabentuk dslr yang sedemikian rupa, secara otomatisnya kita tau macamana nak pegan badan kamera tu kan? hehe….

 

2) Gunakan tangan kiri untuk menstabilkan kamera dan juga untuk memutarkan lensa.

Yang ni biasa orang2 baru dan kurang perhatikan pengguna dslr lain, dia akan pegang kamera dslr ni macam pegang kamera kompak. Maksudnya, tangan kanan dah betul dah pegang, tapi tangan kiri plak dipegangnya sebelah kiri badan kamera tu. Kalau pegang dengan cara ni, yang pertamanya kita akan menyakitkan tangan kita dan yang keduanya susah kita nak stabilkan kamera tu sebab dslr berat, tak macam kamera kompak.

Jadi, cara yang betul ialah letakkan tangan kiri di bawah badan kamera tu dan jari-jemari kita pastikan sampai pada lensa untuk memudahkan kita memutarkan lensa tu.

 

3) Rapatkan siku ke badan

Yang ni adalah untuk membantu dalam kestabilan. Bila kita rapatkan siku kita ke badan kita, secara langsung lengan kitapun akan rapat pada badan kita kan? Jadi, kita akan rasa lebih stabil berbanding dengan membiarkan lengan kita berkepak. hehehe…. faham ke? kot tak paham, cuba sendiri ye…. dah cuba, mesti faham punya…🙂

 

4) Bersandar pada mana-mana untuk sokongan tambahan

Yang ni pun satu cara untuk menambahkan kestabilan kita. Sandarlah pada dinding ke, pokok ke, kereta ke, tiang ke atau mana2 je yang boleh disandar. Dengan cara ni, kita dah kurangkan gegaran akibat dari badan kita yang bergoyang2 tu… hehehe….

 

5) Letak je kamera tu atas mana2 permukaan yang stabil

Satu lagi cara nak stabilkan kamera/ Dengan cara ni kompomlah akan stabil, tinggal nak snap je gambar tu…. Ada sesetengah fotografer dia bawak benda2 macam beg kacang hijau ke atau macam2 lagi untuk shoot. Tujuan dia supaya kalau rasa2 tak stabil pegang, dia akan letak beg kacang hijau tu atas mana2 permukaan dan letak kamera atas beg kacang hijau tu. Kiranya sebagai lapiklah supaya kamera tak kotor atau mencalarkan mana2 permukaan…🙂

 

6) Tahan nafas masa nak tekan shutter

Satu lagi cara yang biasa orang akan ajar untuk mengurangkan risiko gegaran akibat pergerakan badan kita hasil daripada pernafasan. Kalau tak silap saya, ada saya terbaca dalam forum mana ntah… dia kata, sebelum nak snap tu, tarik nafas, lepas perlahan2, tahan dan snap…. pastu baru tarik nafas smula…  cubalah! hehe….

 

7) Jangan cepat sangat nak bergerak

Ni tumpuan pada yang baru2 berjinak. Biasanya akan guna setting auto kan? Bila amek gambar yang cahayanya tak berapa nak terang, kamera akan otomatisnya memilih shutter speed yang perlahan. Jadi, kalau tak dengar bunyi shutter tu skali lagi lepas tekan tu, maknanya belum selesai lagi… kalau masa ni kita gerak akan terhasil kesan yang dipanggill ghost effect. Macam kesan light trail gitulah… Jadi tunggu dulu kamera tu selesaikan kerja dia, baru kita gerak. Faham tak?

 

Erm, rasanya stakat ni jelah yang terfikir sekarang ni. Cukuplah tu sebagai asas dalam memegang dslr kita tu. Tapi, kalau rajin yang terbaiknya guna je tripod. hehee… tapi, adakalanya tak sesuai guna tripod, terpaksa handheld je bak kata omputihla… So, bila handheld, gunakanlah kaedah2 yang dinyatakan tadi ye….

Oklah.. dikesempatan ni saya nak ucapkan selamat menjalani sisa2 puasa di bulan puasa yang nak habis ni dan Selamat Menyambut Hari Raya.

Salam.

4 responses to “Biar gambo tak cantik, asal ada gaya….

  1. Bro, bila nak ada entry baru ni? hehehehe

  2. Bro, dengar2 bajet cikgu naik gaji ek?

  3. jgn salah faham ek… bukan cikgu je…sume penjawat awam…. hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s