Pentingnya bantuan dari ahli keluarga….

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

 Apa agaknya yang saya maksudkan dengan tajuk di atas ye? Erm, ini berkaitan semasa sesi fotografi berkumpulan di majlis persandingan.

 Di hari kejadian (hari bersanding daa… ), pasti kedua2 raja sehari sibuk & tak menang tangan nak uruskan segala macam hal… termasuklah semasa sesi fotografi bersama keluarga. Masalah yang selalu dihadapi ialah mengumpulkan ahli keluarga untuk sesi tersebut. Biasanya semasa saya bertemu dengan klien2 saya sebelum majlis mereka dan saya sentiasa akan berpesan kepada mereka supaya sediakan salah seorang ahli keluarga yang boleh membantu mengumpulkan ahli keluarga bagi sesi fotografi bersama keluarga. Dengan cara ini, sesi akan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan mudah. Pengantinpun dapatlah jadi sebenar2 raja sehari tanpa perlu sibuk2 mengumpulkan ahli keluarga di hari bahagia mereka itu.

Alhamdulillah, klien terbaru saya di hujung bulan 5 hari tu mengikut pesanan saya ini. Hasilnya, gambar bersama ahli keluaga mereka dapat dijalankan dengan lancar.

Oh ya, kan fotografer ada? kan tugas dia tu? erm, mesti ada yang bertanya soalan sebeginikan…? Ye, memang betul fotografer ada… tapi, anda kena ingat, fotografer tak kenal semua ahli keluarga kita. Dan kalau nak harapkan diapun, akan banyakla masa terbuang sebab nak tunggu fotografer tu mengumpulkan ahli keluarga anda. Perlu juga diingat, fotografer adalah orang luar, dan pasti ada ahli keluarga yang kurang memberi perhatian terhadap permintaan ‘orang luar’ ini. Jadi, dengan melantik ahli keluarga sendiri menjalankan tugas ini, pada pandangan saya, lebih mudah untuk memujuk ahli keluarga lain untuk turut serta. Anda memudahkan tugas fotografer, anda juga sebearnya memaksimumkan hasil bagi apa yang ada bayar terhadap fotografer tu.🙂

So, bagi bakal2 pengantin tu. Adalah tindakan yang bijak melantik seorang (kalau lebih ari seorang lagi baik…) ahli keluarga untuk membantu dalam sesi fotografi bersama keluarga nanti. Kalau tak, andalah yang akan rugi dan penat…  Pengalaman sendiri nih… hehehe….

Ok, diharap post kali ni dapat membantu sedikit sebanyak kepada yang membacanya….🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s