BLUR

assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Dalam beberapa hari lepas, ada sorg member kat pesbuk tanya, camana nak buat gambar subjek fokus tapi latar belakang kabur guna kamera DSLR. Nak diikutkan mmg very the senang the pieces… Tp, kena gak tau cara yang betul supaya sentiasa dapat bila kita nak….

Setakat yang saya tau hasil bacaan dan tunjuk ajar secara langsung atau tak langsung dari para ilmuan fotografi, dapat disimpulkan ada 3 aspek penting yg membantu dalam mendapatkan hasil gambar macam tu…

Yang pertama biasa org dok bising2 ialah berkaitan aperture. Makin besar bukaan aperture (nombor f/ kecil), makin hebatlah bokehnya (BOKEH = efek blur tulah…). sbb tu kalau perasan, ramai dok kejar lensa yang f/2.8lah, f/1.8lah dll.

Yang keduanya orang putih panggil focal length. Alah.. panjang lensa kitalah ni… makin jauhla kita leh zoom. Bila dah zoom, kompom latar belakang akan menjadi kabur.

Yang ketiganya ialah jarak kita ngan subjek n subjek ngan latar belakang. Ni saya belajar dalam satu forum kelolaan Saiful Nang, Photoskool. Dan saya masih ingat yang ajar tentang ni ialah saudara Adhadi. Walaupun saya tak pernah jupe diorg ni, tapi, secara tak langsung diorg ni adalah cikgu saya jugakla… so, tak salah nak promote2 nama diorg ni memandangkan merekapun mmg dah terkenal dalam dunia fotografi ni… n syukur dengan kewujudan forum photoskool tu byk membantu saya yang ketika itu baru nak belajar2… dan lepas tu dah banyak dah forum2 fotografi berbahasa melayu…. hehehe…

Dalam forum tu, diorg ajar… jarak antara kita dgn subjek dan subjek dengan latar belakang hendaklah dalam nisbah 1:3. Kiranya kita kena datang dekat pada subjek supaya jarak antara subjek dengan latar belakang adalah 3x lebih jauh daripada kita dan subjek.

Ok, Jadi dah taukan 3 aspek tu….. aperture, zoom n jarak.

Cubalah…. InsyaAllah berjaya…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s