Bakal pengantin, bacalah ni… yang lain nak bacapun bleh gak…

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Post kali ni didedikasikan kepada semua bakal pengantin baik  yg menjadi pelanggan saya ataupun tidak.

Biasanya  pengantin menyerahkan bulat2 proses fotografi sepanjang majlis perkahwinan kepada jurugambar yang diupah. Takde salahnya pun, cuma sekiranya pengantin memberi bantuan dari awal kepada jurugambar, kerja2 pen’shooting’an menjadi lebih mudah dan teratur. Bantuan yang saya maksudkan bukanlah jurugambar turun dari pelamin atau sebagainya. Cukuplah dengan perancangan rapi yang dibuat sebelum majlis khusus untuk jurugambar.

OK, ini adalah briefing yg biasa saya berikan kepada bakal pengantin yang mengupah saya menjadi jurugambar mereka. Ini pun orang lain yang ajar saya masa mula2 berkecimpung dalam fotorgrafi perkahwinan dan kini saya abadikan dalam blog ini supaya senang untuk dijadikan rujukan saya dan sesiapa sahaja yang baca blog nih….🙂

1) Wujudkan seorang koordinator.

Koordinator yang dimaksudkan di sini ialah sesiapa sahaja dari kalangan ahli keluarga tak kiralah adik ke abang ke kakak ke sedara mare yang lain ke… Tugas koordinator ni sangat penting terutamanya masa nak amek gambar famili. Nak harap jurugambar kumpulkan ahli keluarga time majlis tu memang payah sikitlah. Jurugambar bukannya kenal semua ahli keluarga kita, betul tak? Jadi, koordinator ni bertanggungjawab cari ahli keluarga yang lain supaya gambar famili dapat diamek cepat dan pengantin dapat teruskan dengan sesi fotografi yang lain pula.

2) Fikir-fikirkanlah pose2 yang menarik

OK, yang ni memang keje jurugambar. Tapi, kalau kita sendiri dah tau posing camana yang kita nak. Kita bleh bincang dengan jurugambar awal2 dan jurugambar boleh catat senarai posing tu dan bila sampai masa, takdelah habis masa dengan memikirkan camana nak buat posing yang jurugambar tunjukkan tu. Dengan cara ni, sesi dapat dilaksanakan dengan cepat, dan lebih banyak shoot boleh di amek. Kan untung tu… hehehe….

3) Bagitahu awal2 sekiranya ada apa2 yang jurugambar takleh buat

Yang ini sekiranya kita dah tau awal2 kalau2 ada apa2 yang tak boleh jurugambar buat masa majlis. Contohnya, sebelum ni kita memang tau tok kadi tak suka cahaya flash memancar2 masa majlis akad nikah, gitau jurugambar awal2. Bolehlah jurugambar bersedia dan takdelah kena marah ngan tok kadi tu…. hehehe…. contoh lain, sekarang ni dah biasa dah gambar2 yang diambil banyak yang jenis candid2, jadi, kot2la kita memang tau makcik2 atau orang tua kita tak suka style macam ni, bagi tau awal2 kepada jurugambar jenis gambar macamana yang anda expect masa majlis tu. Nak banyak candid ke, atau nak balance candid n gaya lama (alah… gambar cam dulu2 tu, asal amek gmbar mesti nak posing… hehe…) ataupun nak gaya lama semuanya…. dan banyak lagi contoh lain, tapi bakal2 pengantin taulah apa yang tak boleh n apa yang tak boleh ditempat masing2.

4) Belajar senyum

Hehehe…. yang ni biasa berlaku pada pengantin lelaki… tapi, pompuan pun ada gak… susah sangat nak senyum masa gambar diamek. Bak kata isteri saya, tak senyum, gambar mmg tak cantik… hehehe…. Jadi, belajar2lah senyum kat depan cermin sorang2 tiap bangun pagi n sebelum tidur. Mudah2an, masa majlis, bleh senyum dengan ikhlas walaupun hati tengah nerbes. hehe….

5) Utamakan jurugambar anda

Masa majlis kahwin kan biasa ramai je yang bawak kamera kan? terutamanya kalau masa tengah bersanding tu. berpusu2 kamera tak kira besar atau kecik. Kalau masa tu, jurugambar anda ada sekali dikalangan orang2 ramai tu, pastikan anda lihat kamera jurugambar anda tu semasa dia nak amek gambar anda. Kalau rasa2 dia dah cukup atau dia bagi isyarat, barulah anda lihat kamera2 yang lainnya. Sebabnya kalau masuk dalam album ialah gambar dari kamera jurugambar anda tu. Dari kamera yang lain takde. Jadi, kenalah pastikan sentiasa ada eye contact dengan kamera jurugambar anda tu ye.
p.s- kebanyakan jurugambar suka buat lakonan bersanding semula sebab masa tgh bersanding ramai sangat sedara mara nak amek gambar…. hehehe….

erm, itulah antara perkara2 yang perlu diambil kira supaya jurugambar anda dapat melaksanakan tugas yang anda beri dengan baik dan lancar. kot2 ada yang lupa, post lain lah pulak…. hehehe…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s