Perkara Asas, Sometimes kita lupak…

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Hari ni nak cerita sikit tentang kesalahan yang biasa ramai peminat fotografi buat walaupun dah tahu. Maklumlah kadang-kadang tu dah terlalu asyik sangat snap sini snap sana, terlupa plak beberapa perkara asas yg mengakibatkan kita berasa kecewa semasa mengadap semula gambar-gambar tersebut di laptop/komputer di rumah. Jom kita lihat kesalahan yang biasa kita buat (errr…. Mungkin bukan kita, saya je kot…. Hehehe….). Apapun kesalahan-kesalahan ini dipetik daripada pelbagai sumber yang mana secara tak langsung menunjukkan ramai gak lah yang buat kesilapan yang sama… hehehe….

1) Gambar kabur (blurred kata omputehnya….)

Pergerakan subjek, tak cukup cahaya dan pergerakan kamera adalah antara faktor utama yang menyebabkan hal ini berlaku. Kadang-kadang kita lihat di LCD kamera kita tu nampak ok, tapi bila dah transfer gambar je baru nampak yang gambar kita tak cukup tajam (sharp), Jadi, kalau nak kasi itu gambar kompom tajam juga antara solution terbaik ialah gunakan tripod dan nak lebih selamat lagi, gunakan kabel shutter release/remote. Ini akan menghapuskan secara total masalah kabur yg diakibatkan oleh pergerakan kamera. Selain itu, pastikan cahaya mencukupi dan secara tak langsung membolehkan penggunaan shutter speed yang laju. Ini seterusnya dapat mengatasi masalah kabur yang diakibatkan oleh pergeakan subjek pula.
P.S- masa nak tangkap gambar tu, half klik pada button dan kalau dah fokus (biasanya ada bunyi beep dan titik fokus menyala dalam viewfinder) barulah tekan habis.

2) Gambar terlalu gelap atau terang

Masalah ini biasanya diakibatkan oleh pencahayaan yang tidak betul.Kalau terlalu gelap omputeh panggil under exposed dan kalau terlalu terang omputeh panggil over exposed. Ini lagi satu masalah yang kadang-kadang kita tertipu oleh gambar bila tgk pada lcd kamera. Gambar yg sebenarnya gelap, tapi bila tgk di bawah cahaya matahari membuatkan kita nampak cam ok je gambar tu. Adalah lebih baik kita lihat juga histogram yg disertakan sekali dalam hampir semua kamera digital yang ada sekarang ni. Gambar yang terbaik adalah gambar yg histogramnya berbentuk loceng. Tapi, dalam dunia sebenar, ini adalah mustahil. Jadi kalau graf pada histogram tu nampak agak2 seimbangpun dah boleh diterima dah. Kalau graf tu ke kiri sangat, maknanya gambar tu gelap, so try naikkan exposure. Kalau ke kanan sangat plak, maknanya gambar tu sangat terang dan try turunkan sket exposurenya.

3) Red Eye Effect

Ni boleh terjadi kalau amek gambar tu guna direct flash. Apasal plak korang tanya? Erm, ok… kalau cahaya tak brape nak cukup untuk kamera, mata kitapun akan rasa begitu. Cuma bezanya mata kita bertindak secara otomatik. Bila gelap, iris pada mata akan buka besar bagi membolehkan banyak cahaya masuk dan kalau terang sangat, iris akan mengecil. Jadi, bila iris mata tu membesar, tiba2 bapak cahaya flash yang sangat terang tu kena pada mata, iris tak sempat nak mengecil dan mengakibatkan cahaya tu terkena pada retina dan memantulkan semula kepada kamera. Jadi, cara terbaik ialah dengan tidak menggunakan direct flash. Banyak cara kita boleh buat. Antaranya bounce cahaya tu ke syiling, dinding dan sebagainya. Tapi, kalau kamera kompak camana plak nak bounce2 bagai ni? Kamera sekarang dah canggih. Ada fungsi red eye reduction. Apa yang dibuat ialah memancarkan flash sebanyak 2 kali. Kali pertama flash dipancarkan, iris mata akan mengecil dan flash kedua dipancarkan serentak dengan shutter dibuka. Flash pertama hanyalah berfungsi untuk mengecilkan anak mata sahaja. Selain itu boleh juga tidak menggunakan flash langsung, iaitu letakkan subjek di tempat yang cukup cahaya dan gunakan reflektor untuk mengisi cahaya di kawasan yang tidak terkena cahaya…

Cukuplah setakat ini sahaja. Sekadar peringatan untuk kita semua. Ya! Kita… itu bermaksud termasuklah saya… hehehe…. Dalam keghairahan amek gambar, kekadang kita terlupa perkara2 ini. Dengan ingat mengingati sajelah dapat membantu…

3 responses to “Perkara Asas, Sometimes kita lupak…

  1. hyew…na tnya…if nak dptkan pic yg lawa2 an…
    guna kamera apew ea?
    memg adew kamera yg spesifik ke utk dptkn ilustrasi pic yg baik?

    • Hi, sebenarnya kalau nak ikutkan apa2 kamerapun bleh hasilkan gambar yang cantik n menarik. yang penting ada ilmu fotografi… kalau yg dah tahap sifoo tu, bagi kamera kompakpun dapat hasilkan gambar yang jauh lebih menarik daripada menggunakan kamera yang mahal…. tp, saya tak nafikanlah kamerapun ada memainkan peranan jugak… dengan teknologi yang semakin canggih, kamerapun semakin bijak analisis keadaan dan menyesuaikan keadaan dengan setting yg ‘betul’.. kalau yg baru nak beli kamera tu tanya, saya biasa cakap, yang paling mahal tulah yg bleh hasilkan gamabr yang tinggi kualiti… tp, kalau nak gambar cantik, kena blajarla ilmu fotografi ni… bukan main petik je… hehehe….

    • Hi, sebenarnya kalau nak ikutkan apa2 kamerapun bleh hasilkan gambar yang cantik n menarik. yang penting ada ilmu fotografi… kalau yg dah tahap sifoo tu, bagi kamera kompakpun dapat hasilkan gambar yang jauh lebih menarik daripada menggunakan kamera yang mahal…. tp, saya tak nafikanlah kamerapun ada memainkan peranan jugak… dengan teknologi yang semakin canggih, kamerapun semakin bijak analisis keadaan dan menyesuaikan keadaan dengan setting yg ‘betul’.. kalau yg baru nak beli kamera tu tanya, saya biasa cakap, yang paling mahal tulah yg bleh hasilkan gamabr yang tinggi kualiti… tp, kalau nak gambar cantik, kena blajarla ilmu fotografi ni… bukan main petik je… hehehe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s