Jangan sesiakan keupayaan sebenar kamera kompak anda!

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Pada post2 sebelum ini, ada saya bincangkan dan kongsikan serba sedikit ilmu asas fotografi yang saya tahu. Tapi, masalahnya ada kawan2 yang tak ada kamera dslr untuk aplikasikan apa yang saya sampaikan tu. Mereka kata, mereka cuma ada kamera kompak je. Macamana tu?

Erm, sama ada anda sedar atau tidak, kebanyakan kamera kompak ada yang disertakan dengan kawalan yang lebih selain daripada kawalan auto sahaja. Malah ada kamera yang disertakan mode manual yang mana segala shutter speed, iso, aperture, white balance dan sebagainya boleh dikawal sepenuhnya oleh kita. Sekarang, saya hanya akan membincangkan tentang bagaimana mengawal gambar kita dengan menggunakan mode yang ada dalam kebanyakan kamera kompak yang tiada mode manual.

Ok, sekiranya anda perasan, kebanyakan kamera ada menyediakan mode potrait, landscape, sport, makro dan sebagainya. Ramai diantara kita yang mengabaikan mode2 ini dan hanya menggunakan mode auto sepanjang masa. Mengapa tidak kita gunakan mode2 yang ada untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik disamping mengaplikasikan apa yang telah kita pelajari sebelum ini? Jadi, di sini akan saya bincangkan sedikit penggunaan mode yang bersesuaian dengan hasil gambar yang kita inginkan.

1) Mode Potrait

  • Gunakan mode ini sekiranya anda inginkan gambar yang tajam di depan, kabur di belakang seperti yang saya bincangkan dalam tajuk aperture tempoh hari.
  • Bagaimana mahu kita kaitkan dengan apa yang kita bincangkan dalam tajuk aperture sebelum ini? Mode ini akan memilih aperture yang mempunyai bukaan yang besar supaya gambar yang terhasil mempunyai ketajaman yang kurang.

2) Mode Landscape

  • Biasanya sekiranya kita ingin mengambil gambar lanskap atau gambar pemandangan, sudah pasti kita inginkan keseluruhan gambar tajam.
  • Maka, inilah yang dilakukan oleh mode ini. Mode ini akan menghasilkan gambar dengan katajaman yang lebih luas. Jadi gambar2 lanskap dan pemandangan sangat sesuai menggunakan mode ini.
  • Apa yang berlaku ialah, mode ini akan memilih aperture yang mempunyai bukaan yang kecil, maka ruang yang tajam di dalam gambar adalah luas.
  • Sebagai tambahan, dengan menggunakan mode ini, kita juga boleh gunakan untuk mengambil gambar berkumpulan.

2) Mode Sport

  • Mode ini seperti namanya sudah pasti kita boleh menjangkakan apa yang mampu dibuatnya. Sudah pasti mode ini sangat sesuai untuk menghentikan pergerakan yang laju seperti gambar semasa sukan.
  • Mode ini akan memilih shutter speed yang laju. Makanya sangat sesuai untuk menghentikan sebarang gerakan.

3) Night Mode

  • Mode ini pula akan memilih shutter speed yang perlahan. Jadi, sekiranya anda ingin menggunakan shutter speed yang perlahan, pilihlah mode ini.
  • Tetapi harus diingat bahawa dengan menggunakan mode ini, flash akan diaktifkan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan flash, tutup sahaja flash dengan tangan atau kertas hitam atau apa sahaja… hehe…

4) Mode Macro

  • Mode ini biasanya ditandakan dengan gambar bunga. Seperti namanya, kita tahu bahawa gambar ini sangat sesuai digunakan untuk mengambil gambar close up dan bagi kamera yang hebat sket, boleh digunakan untuk mengambil gambar makro.

Terdapat banyak lagi mode2 yang terdapat pada kamera, tetapi, mode2 yang saya bincangkan di atas ialah mode yang biasanya ada pada setiap kamera. Harus diingatkan bahawa mode2 ini taklah membolehkan kita mengawal shutter speed, aperture seperti yang kita kehendaki, tetapi ianya sedikit sebanyak memberi kita kawalan tambahan berbanding dengan sekadar menggunakan mode auto semata2.

Diharap, post kali ini memberi input yang berguna kepada kawan2 dan ramai lagi… hehe…

2 responses to “Jangan sesiakan keupayaan sebenar kamera kompak anda!

  1. generalhoho

    aku nye kompak.. manual ialah set exposure, ISO, flash… mcm harem..

    • hahaha… oklah tu… sekurang2nya ada gak manual… tp, ada gak kamera kompak takde manual… cuma ada mode2 je… hehehe…. rugilah mode2 tu kalau takat guna auto sepanjang masa je… sbb kita beli kamera tu, duit tu dah kira utk mode2 tu jgk… kekekeke…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s