Aperture-Shutter Speed-ISO (Bahagian akhir)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Ok, kita dah lepas 2 daripada 3 komponen paling asas dalam mempelajari tentang fotografi. Kini tiba masanya untuk mengenali komponen ketiga, ISO.

ISO

  • merupakan ukuran bagi sensitiviti sensor terhadap cahaya.
  • semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitiflah sensor terhadap cahaya.
  • ISO yang tinggi biasanya digunakan sekiranya cahaya persekitaran tidak cukup.
  • akan tetapi, ISO yang tinggi akan menghasilkan noise di dalam gambar.
  • bagi gambar outdoor atau sekiranya mempunyai cahaya yang cukup, adalah memadai menggunakan setting iso dalam lingkungan 100-200.
  • tetapi, sekiranya tiada pilihan lain seperti mengambil gambar di dalam rumah yang kurang cahaya, terpaksalah kita menggunakan ISO yang tinggi walaupun terdapat noise di dalam gambar.
  • kenapa kita perlu menggunakan ISO yang tinggi sekiranya kawasan tersebut tak cukup cahaya? Ini adalah kerana, kita memerlukan penggunaan shutter speed yang optimum supaya gambar yang diambil tidak kabur akibat gegaran. sekiranya cahaya tidak cukup dan kita pula menggunakan ISO yang rendah, sensor memerlukan penggunaan shutter speed yang lama supaya cahaya yang masuk cukup untuk menghasilkan gambar. Ini akan mengakibatkan gambar yang diambil kabur akibat gegaran tangan kita yang memegang kamera ataupun akibat subjek yang bergerak.
  • Cuba anda ambil gambar dengan menggunakan setting ISO yang berbeza dan anda bandingkan hasilnya.

Kini tamatlah sudah penerangan ringkas mengenai ketiga2 komponen paling asas yang perlu diketahui dalam fotografi sebelum mendalaminya dengan lebih mendalam.

-tammat-

2 responses to “Aperture-Shutter Speed-ISO (Bahagian akhir)

  1. skang baru paham apa itu aperture,shutter speed n iso….ketiga2nya berkaitan lah kan….pas ni post byk lg teknik2 fotografi yer…akak akan jd pengkt setia…konon lah heehheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s