Aperture-Shutter Speed-ISO (Bahagian 2)

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

amacam? dah cuba guna mode aperture priority? dah berjaya hasilkan gambar yang depan tajam, belakang kabur atau depan kabur, belakang tajam? Erm, semoga kepada yang mencuba tu berjayalah ye…🙂

Seterusnya, saya sambung bahagian 2 dengan serba ringkas mengenai shutter speed.

SHUTTER SPEED

  • Kita telah tau mengenai aperture. Iaitu besar bukaan yang mengawal cahaya masuk.
  • Shutter speed pula ialah jangkamasa bagi bukaan itu terbuka.
  • Jadi, shutter speed pula mengawal berapa lama bagi sensor untuk terdedah kepada cahaya.
  • Shutter speed diukur dalam unit saat.
  • contoh: 1s, 1/2s, 1/4s, 1/250s, 1/1000s dan byk lagi.
  • Secara logiknya, kita tahu bahawa 1/250s adalah lebih laju berbanding dengan 1/125s dan 1/60s lebih laju daripada 1/30s kan?
  • Shutter speed yang laju adalah berguna untuk menghentikan sebarang pergerakan dan shutter speed yang perlahan adalah berguna sekiranya kita ingin menampakkan kesan pergerakan di dalam gambar kita.
  • lihat contoh di bawah:

Penerangan gambar:-

  • Gambar pertama menggunakan shutter speed 20s manakala gambar kedua menggunakan shutter speed 1/1000s.
  • Perhatikan gambar yang pertama, aliran airnya nampak lembut. Ini adalah hasil menggunakan shutter speed yang perlahan (20s).
  • Perhatikan pula gambar kedua, dapat tak anda lihat airnya seakan terhenti di udara? Inilah hasil menggunakan shutter speed yang laju (1/1000s).

  • Untuk memahami dengan lebih mudah tentang shutter speed ini, cuba anda gunakan MODE SHUTTER PRIORITY.
  • Mode ini akan membolehkan anda memilih shutter yang anda inginkan dan kamera akan memilih aperture yang sesuai bagi mendapatkan exposure yang betul.
  • Pada kebiasaannya, mode ini ditandakan sebagai S atau Tv bergantung kepada model kamera masing2.

Pada post yang berikutnya, kita akan berkenalan pula dengan ISO. Bagi meningkatkan kefahaman anda terhadap shutter speed, cuba berlatih mengambil gambr dengan menggunakan mode shutter priority. Fahami dan hayati kesan yang berbeza2 sekiranya anda menggunakan shutter speed yang berbeza.

-bersambung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s