Aperture-Shutter Speed-ISO (bahagian 1)

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Seperti yang dijanjikan saya akan menerangkan serba sedikit menganai asas yang penting dalam mempelajari ilmu fotografi. Ingin saya tegaskan di sini bahawa ini adalah asas semata-mata. Hanya sesuai untuk mereka yang tak tahu apa2 dalam fotografi tetapi berminat untuk mengetahuinya, beginner yang tahu sikit2 tapi masih samar2 dan sesiapa sahaja yang nak baca dengan minda yang terbuka.

AWAS!!! bagi mereka yang dah tau tu, akan dapati kandungannya sangat boring dan tiada input baru yang boleh anda dapati dari post ini…. hehehehe….

Untuk post kali ini, eloklah kita mulakan dengan mengenali 3 komponen penting dalam mempelajari asas fotografi. Ianya ialah, APERTURE, SHUTTER SPEED dan ISO.

APERTURE

  • besar bukaan yang mengawal jumlah cahaya masuk.
  • semakin besar bukaan, semakin banyak cahaya boleh masuk.
  • semakin kecil bukaan, semakin sikit cahaya boleh masuk.
  • disebut sebagai f/number atau f-stop.
  • Contoh: f/2.8, f/5.6, f/16 dan sebagainya.
  • semakin besar nombor yang tercatat di sebelah f/, bermaksud semakin kecil bukaannya.
  • maka, semakin kecil nombor yang tercatat di sebelah f/, bermaksud semakin besar bukaannya.
  • Lihat gambar di bawah untuk memahaminya dengan lebih lanjut.
  • sekiranya kita berada di tempat yang gelap, kita bolehlah menggunakan bukaan yg besar seperti f/1.4, f/1.8 dan f/2.8. Ini akan membolehkan lebih banyak cahaya yang sampai ke sensor kamera.
  • Sebagai tambahan, dengan menggunakan bukaan yang besar, kawasan yang tajam (sharp) adalah kurang. Ini boleh digunakan untuk mengasingkan subjek kita daripada latar belakang. (biasakan kita tengok gambar yang subjek depan tajam, tapi dibelakangnya kabur (blur)… ini adalah salah satu faktor yang membantu dalam terhasilnya gambar demikian…)
  • Tetapi, dengan menggunakan bukaan yang kecil pula, kawasan yang tajam akan menjadi lebih luas. sangat sesuai untuk mengambil gambar landskap yang memerlukan seluruh kawasan nampak tajam dan jelas.
  • Bukaan yang kecil juga boleh digunakan ketika ingin mengambil gambar berkumpulan yang mempunyai 2,3 barisan. Caranya ialah dengan menggunakan bukaan aperture yang kecil seperti f/5.6 atau f/11 atau f/16 (ikut kesesuaian) dan fokuskan pada barisan tengah sahaja. Dengan menggunakan bukaan aperture yang kecil ini, barisan belakang dan hadapan akan kelihatan tajam juga.
  • kepada yang baru bermula tu, dicadangkan untuk menggunakan MODE APERTURE PRIORITY pada kamera anda untuk memahami dengan lebih baik disamping mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.
  • mode ini akan membenarkan anda untuk memilih aperture yang anda inginkan dan kamera akan memilih shutter speed yang sesuai bagi mendapatkan exposure yang baik untuk gambar anda.
  • pada kebiasaannya, pada kamera anda mode itu ditandakan sebagai Av atau A bergantung kepada model kamera.

Pada post berikutnya, kita akan berkenalan pula dengan SHUTTER SPEED. Nasihat saya kepada yang baru2, cuba dulu gunakan Mode Aperture Priority bagi memahami kesan yang dihasilkan oleh saiz bukaan yang berbeza2…

-bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s