Kamera apa yang cantik untuk ambil gambar ye?

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Saya biasa diajukan dengan soalan, Kamera apa yang boleh amek gambar cantik? Pada saya ini adalah soalan yang salah. Soalan yang sepatutnya kita tanya ialah, apa yang patut kita tahu untuk dapat gambar yang cantik? Kenapa? sebabnya mudah aje… belilah kamera yang berharga beribu2 atau berpuluh2 ribu sekalipun, kalau asas takde, akan muncullah soalan, kenapa gambar aku kabur ek? kamera aku lagi canggih dari dia, tapi nape gambar dia lagi cantik?

Buat rakan-rakan yang berminat dan masih belum tahu asas sebenar, ingin saya kongsikan sedikit apa yang saya tahu. Daripada apa yang sudah saya pelajari dan perhatikan, mula2 sekali kita perlu tahu mengenai APERTURE, SHUTTER SPEED dan ISO. Dengan tahunya ketiga2 ini, barulah kita dapat mengawal dedahan cahaya yang bersesuaian dengan gambar yang kita mahu. Saya ada rakan yang malas nak pelajari mengenai ilmu asas ini. Beliau mempunyai kamera DSLR, tetapi hanya menggunakan mode fullauto. Jangan salah faham, saya tak kata salah nak gunakan mode full auto ni, cuma dengan menggunakan mode kreatif yang lain, barulah kita dapat hasilkan gambar yang mengikut citarasa dan kreativiti kita. Dan untuk menggunakan mode2 yang lain ini, pengetahuan mengenai 3 ilmu asas tadi perlulah dipelajari.

Setelah kita ketahui 3 ilmu asas tadi, pelajari pula mengenai fungsi2 yang penting pada kamera anda. Untuk yang ini, caranya cukup mudah. Baca sahaja manual yang disediakan bersama-sama kamera anda. Nampak macam common sense, tapi ramai yang abaikan dan malas baca manual. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Sekiranya anda tidak mengenali kamera anda, bagaimana anda ingin menggunakkannya dengan optimum?  Kan? kan? kan?

Setelah anda mengenali kamera anda, pelajari pula mengenai KOMPOSISI. Apa tu komposisi? Komposisi ialah bagaimana kita meletakkan subjek kita di dalam gambar kita. Terdapat beberapa komposisi yang boleh kita gunakan sebagai guideline ketika mengambil gambar. Komposisi ini telah teruji dan terbukti boleh menjadikan gambar kita lebih menarik. Ianya banyak dibincangkan di dalam internet dan buku2 fotografi. Akan tetapi, kita haruslah ingat bahawa ianya HANYALAH sebagai GUIDELINE, bukannya WAJIB ok…. sekiranya keadaan bersesuaian kita boleh tidak mengikutnya.🙂

Dah tahu mengenai komposisi, pelajari pula mengenai PENCAHAYAAN. Pencahayaan ini pula terdiri daripada kecerahan, warna, sumber2 cahaya, jenis2 cahaya, sudut2 datangnya cahaya ke atas subjek dan metering. Erm, agak banyak juga yang perlu dipelajari mengenai cahaya ni. Tapi, masih boleh dipelajari…🙂

Setelah pelajari segala asas ini, saya pasti secara automatiknya kita akan tahu apa yang kita ingin pelajari lagi… Maka tidak perlulah saya sebutkan di sini sebab jalan cerita hidup kita masing2 berbeza antara satu sama lain… hehehe….

Erm, setelah menaip sampai sini, saya berfikir ada baiknya saya menulis serba sedikit asas2 yang saya sebutkan tadi. Bagus untuk tatapan kita bersama. Dan bagus untuk saya mengimbau kembali apa yang telah saya pelajari agar tidak hilang begitu sahaja… hehehe…Ok, selepas ini saya akan menerangkan setiap asas2 yang telah saya sebutkan tadi di dalam post2 yang akan datang…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s