Kantung di Mata? Huish! Women’s Nightmare!

Assalamualaikum n salam 1Malaysia…

Hari ni nak cerita sket apa tu yg saya maksudkan kantung mata… Kantung mata yg saya maksudkan ialah kesan seolah2 lebam hitam di sekitar kawasan bawah mata. Tak kira lelaki atau perempuan ramai yg tak suka adanya kantung mata ni, lebih2 lagi orang perempuan. Setiap kali saya mengambil gambar, kalau ada kantung mata ni,  saya perhatikan perempuanlah yg lebih peka tentang ini berbanding lelaki. Bahagian niilah yg membuatkan mereka rasa tak comey…. hehehehe…. Tapi, jangan risau. Kantung mata ni boleh di buang dalam Photoshop. Ini adalah antara cara yang paling mudah pernah saya pelajari.

1) Mula2 buka fail gambar yang nak diedit dalam PS

2) Bahagian mata yg ditunjukkan oleh anak panah di bawah adalah kawasan yang kita nak buang. Seperti biasa, sebelum memulakan kerja, pastikan anda duplicate layer background tersebut terlebih dahulu supaya gambar asal tidak terusik. Cara duplicate boleh lihat dalam tutorial saya sebelum ni ye.


3) Seterusnya klik kanan pada ikon di sebelah kanan yang berada di atas ikon brush. Pilih patch tool.


4) Kemudian buat selection di sekitar kantung mata tersebut menggunakan patch tool tadi.

5) Klik di dalam selection tadi dan drag ke bawah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah. Tekan ctrl+D untuk deselect dan perhatikan bahawa kantung tadi telahpun hilang.

6) Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara kawasan yg di patch tadi dengan kawasan sekitarnya, gunakan clone stamp tool utk menjadikan ianya nampak lebih natural. (lihat gambar di bawah).  Nampak tak perbezaan antara kawasan arrow atas dan bawah? Itulah yg kita nak ubahsuai supaya tak nampak sangat perbezaan di situ.
Caranya : Tekan Alt dan klik pada bahagian luar kawasan yg nak di clone tadi dan setelah itu, lepaskan button Alt dan klik pada bahagian yang nak di clone.
P.S- Lebih mudah di lakukan selepas zoom gambar tersebut.

7) Buat perkara yang sama di mata yang satu lagi dan zoom semula gambar supaya dapat lihat gambar penuh dan perhatikan wajah subjek telahpun menjadi lebih cantik tanpa kantung di mata.

Macamana? senang je kan? Lepas2 ni kalau anda ada mengambil gambar kawan2 anda, editlah sedikit demi kebahagian bersama… hehehe…..

SELAMAT MENCUBA!

 

2 responses to “Kantung di Mata? Huish! Women’s Nightmare!

  1. Tak baik tau tipu… hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s