RO3… apa tu?

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Lamanya tak update blog ni… Sebelum saya teruskan dengan tajuk ini, saya minta maaf sekiranya ada yang cuba menghubungi saya dalam masa seminggu dua yg lepas. Saya tau ada yg cuba menghubungi saya kerana terdapat pesanan dari pihak DiGi tentang adanya panggilan rindu (miscall… hehe…) sebelum ini. Atas sebab2 yg tak dpt dielakkan, saya terputus hubungan dengan dunia luar dan tidak dapat dihubungi… Maaf sekali lagi.

Baiklah, berbalik kepada tajuk kita hari ini… RO3, ataupun lebih dikenali Rule Of Third merupakan salah satu komposisi asas yang boleh digunakan semasa kita mengambil gambar bagi menjadikan gambar itu lebih menarik. Seperti biasa, tajuk ini saya timbulkan sebab adanya kawan saya yang bertanyakan ttg hal ini…

Apakah komposisi RO3 ini dan mcamana pelaksanaannya? Kalau anda search di mana2 search engine, anda akan temui banyak laman web menceritakan tetangnya. Kenapa? sebabnya, RO3 merupakan komposisi paling asas & plg meluas digunakan. Komposisi ini melibatkan kita membayangkan terdapatnya satu grid di dalam viewfinder kita yang membahagikannya kepada 3 bahagian horizontal & 3 bahagian vertikal. Sila lihat gambar di bawah…

Sekiranya anda mengambil gambar, subjek atau Point of Interest anda adalah lebih baik diletakkan di salah satu titik persilangan garisan2 grid di atas. Sekiranya gambar landskap, adalah lebih menarik meletakkan salah satu foreground atau background pada 2/3 daripada bahagian grid tersebut. Sila lihat gambar di bawah…

Dalam gambar potrait, mata merupakan Point of Interest… Ia merupakan elemen penting dalam gambar potrait yang menjadikan sesuatu gambar potrait itu menarik. Perhatikan pada gambar di atas. Perasankah anda bahawa mata kanan model itu diletakkan pada titik persilangan garisan pada grid di sebelah kiri gambar? Inilah salah satu contoh penggunaan RO3 dalam potrait. Bagi contoh2 gambar yang menggunakan RO3, anda bolehlah merujuknya di mana2 laman web fotografi. Semakin banyak gambar yang anda rujuk, semakin fahamlah anda tentang RO3 ini….

Sebenarnya pada saya, RO3 mengajar kita supaya tidak meletakkan subjek di tengah2. Ini adalah kerana kebiasaannya subjek ditengah2 menjadikan gambar kita menjadi bosan dan kurang menarik. Namun, anda perlulah sedar bahawa RO3 ini hanyalah satu guideline sahaja. Adakalanya, dalam situasi atau keadaan tertentu, sekiranya kita dapati dengan meletakkan subjek di tengah2 lebih menarik disebabkan adanya elemen lain yang membantu, teruskanlah… tak perlulah ikut sangat guideline ini…. Semuanya bergantung kepada mata, hati dan naluri masing2…. Ingatlah bahawa FOTOGRAFI ITU SUBJEKTIF…

Di harap artikel ini dapat membantu rakan saya dan sesiapa sahaja…. Maafkan di atas segala kekurangan….🙂

2 responses to “RO3… apa tu?

  1. owh…tu yg nak tanya fikry hari tu…slalu dgr RO3 nih…ingatkan rules no 3 drpd beberapa rules dlm fotog hahahha…aper2 je lah akak ni….maklum cgu mathlah katakan heheh…(apa kaitan entah)…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s