PopUp d Eyes!

Mata merupakan anugerah tuhan yang sangat bernilai. Mata juga mempunyai nilai2 yang tiada tolok bandingnya. Dari mata jatuh ke hati. Dari kerana mata, sang teruna boleh jatuh hati pada si dara. Bak lirik lagu daripada R Azmi,

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa…

Amboi, betapa hebatnya kuasa mata. Hanya dari sepasang mata mampu membuat seseorang itu bahagia mahupun kecewa. Eh! ini bukan blog bertemakan sastera…. kalau diteruskan lagi, melalutlalutlah jadinya… hehehe….

Ok, sebenarnya pada post kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda bagaimana boleh kita menaikkan seri mata dalam gambar potret kita. Ini adalah kerana, seperti mana yang semua tahu, di dalam gambar potret, mata memainkan peranan penting dalam memberikan jiwa di dalam gambar kita. Mata yang kabur, gelap dan kusam akan secara langsung menjadikan sesebuah gambar potret itu kurang menarik. Diharap tutorial kali ini dapat membantu….

1) Open files
* Bagi tujuan tutorial ini, saya akan menggunakan gambar anak kawan saya (dialah yang minta saya sediakan tutorial ini…. hehehhee….)

2) Kebiasaan saya ketika mengedit gambar ialah menerangkan dan menaikkan warna dalam gambar tersebut. Biasanya saya akan menggunakan level & vibrance adjusment layer.

3) Duplicate layer. Shortcut utk duplicate layer ialah dengan menekan Ctrl+J.

4) Seterusnya di sinilah langkah sebenar untuk mem’pop up’ kan mata tu.
Kita akan menggunakan Dodge tool & Burn tool.
Zoom gambar anda.

Klik kanan pada ikon seperti yg ditunjukkan di bawah, dan klik pada Dodge tool.
Setting bagi dodge tool ini —-> Range : Midtones | Exposure : dlm 20% – 30% oklah | Brush Hardness : dlm 10% – 15% oklah | Size : ikutla saiz mata tu, jgn besar sgt…
Kemudian, klik di sekitar Iris dan sclera (mata putih)
Ini akan menerangkan bahagian tersebut

Sesudah itu, klik lagi pada ikon tadi dan klik pula pada Burn tool.
Setting bagi burn tool ini —-> Range : Shadow | Exposure :5% – 15% tu oklah, jgn tinggi sangat | Brush Hardness :dlm 10% – 15% tu oklah | Size : ikutla saiz anak mata tu…
Kemudian, klik di sekitar pupil.
Ini akan menggelapkan bahagian pupil.

5) Anda boleh lihat perbezaan gambar asal dgn gambar yg telah di edit dgn menekan simbol mata pada layer duplicate tadi.


6) Setakat ni matlamat kita sudah tercapai, tetapi sebagai tambahan, kita akan beri effect glow pada gambar ni. Caranya sangat mudah. Demi menjaga gambar asal, adalah lebih baik kita membuat duplicate gambar tadi. Select layer Background Copy kemudian tekan Ctrl+J.

Setelah itu, select layer baru tadi (sepatutnya nama layer tu ialah Background copy 2).
Kemudian, pergi ke filter – blur – gaussian blur.
Pastikan gambarnya tak terlalu kabur sehinggakan tidak tau objek apa. Cukupla gambar itu kabur dengan bentuk objek tersebut masih kelihatan.
Klik OK.

7) Kemudian, ubah opacity layer Background copy 2 tadi sehinggalah nampak jelas gambar tersebut. Perhatikan sudah terdapat efek glow pada gambar tersebut.

8) Sekarang kita tak mahu kesan blur tadi ada pada mata, bulu kening dan mulut.
Untuk itu, pada layer Background copy 2, leatakkan layer mask.
Caranya pergi pada menu Layer-Layer Mask-Reveal all.
Perhatikan terdapat satu kotak putih di sebelah gambar pada layer Background copy 2 tadi.
Klik pada kotak putih tersebut.

9) Sekali lagi zoom untuk memudahkan kita ‘mengerjakan’ mata, bulu kening dan mulut subjek.
klik pada brush, dan pastikan anda memilih warna hitam. Dengan ini, bahagian yg diwarnakan dgn hitam akan menampakkan layer di bawah. Sekiranya, anda melakukan kesilapan, warnakan semula bahagian yang silap dengan warna putih.
Ok, Sekarang anda boleh mula mengecat bahagian mata, bulu kening dan mulut. Pastikan layer mask yang diselect dan bukan layer gambar ye. Nanti rosak pula gambar… hehehe….

Ok, Selesai sudah. zoom out semula gambar anda dan lihat kesan daripada apa yg telah kita lakukan tadi.

Gambar di bawah adalah perbandingan side by side gambar original dan yang telah diedit.

Amacam? Oklah ni kan… Gambar anda,selera anda…. Jadi kalau rasa ni tak sesuai, ubah sahaja setting2 yang ada dalam proses kita menghasilkan gambar2 ni td. Tutorial ini hanyalah sebagai pembuka mata kepada anda…. hehehe…

Selamat Mencuba!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s