‘Colour + B&W’ Macamnilah caranya…

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Seperti yang dijanjikan, inilah tutorial tentang bagaimana mebuat kesan B&W + colour dalam satu gambar. Ingat ye, ada byk cara sebenarnya. Ini adalah antara cara termudah yang boleh saya ajarkan…. hehehe… Bagi tujuan tutorial ini, saya memilih gambar mainan anak saya kerana mudah untuk dijadikan contoh…

Ok, selamat mencuba!!!

Mula-mula Open fail yang nak di edit tu.

Then, duplicate layer Background tu.

Cara duplicate ada 2 cara, anda boleh klik & drag layer background tu kepada tempat yg ditunjukkan oleh arrow berwarna merah.

Cara kedua ialah dengan menekan ctrl+J.

Seterusnya, anda bolehlah mengedit gambar itu dari segi warna atau lain-lain.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar,
Arrow kuning – level
Arrow biru – vibrance
Arrow hijau – B&W

Kita akan menggunakan ketiga2 adjusment ini.
perhatikan pada arrow merah telah menunjukkan layer duplicate background tadi.
Tujuan duplicate ini ialah supaya, sekiranya kita tak sengaja melakukan kesilapan semasa edit, sekurang2nya masih ada lagi layer asal. Kita cuma perlu membuang layer duplicate tersebut dan buat duplicate yang baru.

Seterusnya membuat sedikit editing pada level.
Level membantu kita mencerahkan gambar atau menggelapkan gambar kepada tahap keterangan yang kita mahu. Caranya ialah dengan mengubahsuai slider2 yang terdapat di bawah histogram tersebut.

Seterusnya vibrance.
Saya biasa menggunakan vibrance untuk menaikkan lagi warna dalam gambar.

Kemudian ialah B&W.
Adjustment ini memberikan kesan B&W pada gambar kita.
Sekiranya anda perasan, setiap adjustment yang kita buat tadi, satu layer akan muncul. Ini adalah adjustment layer. Adjustment layer memudahkan kerja kita kerana ia tidak merosakkan gambar. Kita cuma perlu mengubah pada layer yang berkenaan sahaja sekiranya kita ingin mendapatkan hasil yang lain.

Perhatikan pada layer B&W, terdapat 2 kotak. Pastikan ada select kotak yang berwarna putih di sebelah kanan.
Kotak putih ini ialah layer masking. Kotak berwarna putih ini bertujuan menutup gambar2 di bawah. Dalam kes ini, kesan B&W telah menutup gambar di bawah dan seterusnya menjadikan gambar berwarna Hitam Putih.

Untuk membuka lubang di layer B&W tu supaya gambar berwarna di bawah akan timbul, kita hanya perlu mengecat layer tersebut dengan menggunakan berus berwarna hitam.

Setelah itu, ada catlah mana2 bahagian yang anda inginkan dalam keadaan berwarna.
Pastikan ada select kotak putih tu ye. sekiranya ada select kotak disebelahnya, hanya warna hitam akan dapat anda lihat muncul daripada berus anda itu.

Sekiranya, anda tercat lebih daripada kawasan yang anda mahukan seperti yang ditunjukkan dalam gambar (yang dibulatkan dengan warna hijau), anda bolehlah menukar warna cat kepada warna putih, dan catlah bahagian yang terlebih itu.

Gambar di atas menunjukkan saya sedang menutup semula bahagian yang terlebih dengan menggunakan berus berwarna putih.

Sekiranya anda perlu memastikan bahawa gambar yang diwarnakan adalah perfect, anda perlulah zoom gambar tersebut supaya menjadi besar dan seterusnya catlah di bahagian2 yang kecil dan susah dicat.

Anda dapat lihat, gambar yg dizoom memudahkan kita mewarnakan bahagian hujung tayar itu dengan lebih sempurna.
Ubahlah saiz berus anda mengikut keperluan.

Pastikan anda tidak tertinggal walau setitikpun kesan B&W pada gambar tersebut.
Inilah yang menentukan kualiti hasil kerja anda nanti.
Sabar itu penting dalam memastikan selection kita itu tepat dan sempurna.

Setelah itu, klik button zoom dan klik fit screen seperti yang terdapat dalam gambar.
Sekiranya ada lagi bahagian lain yang ingin anda warnakan, ulanglah semula proses tadi.
Sekiranya hanya bahagian mata dan tayar shj yang anda inginkan, maka selesailah sudah. anda boleh save gambar anda. Ingat save sbg jpeg ya…

Diharap anda faham apa yang saya sampaikan ini ye… Erm, inilah 1st time saya buat tutorial. Salah silap harap dimaafkan ye. Sebarang komen saya terima dgn hati terbuka…. Kalau asa sebarang pertanyaan, tanya je…. jangan segan-segan ye… hehehe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s