Gambar Berwarna atau Gambar Hitam Putih?

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Alhamdulillah… masuk hari ni dah 23 hari umat islam menunaikan ibadah puasa. Kepada yang masih belum bayar zakat fitrah tu, cepat2lah setelkan ye… hehehe….

Hari ni saya nak menarik perhatian semua tentang gambar berwarna & gambar hitam putih.

Setelah kita mengambil gambar, biasanya kita akan edit warna pada gambar tersebut supaya menjadi lebih menarik. Tak kisahla samada menjadikan warna gambar tersebut lebih terang ataupun mengeksploitasi tona2 warna yang ada. Kedua2nya mempunyai tujuan yang sama iaitu menjadikan gambar lebih cantik dan menarik. Tapi, jika anda melihat gambar2 yang menarik ada juga dipersembahkan dalam warna hitam putih. Kenapa dan bila masanya kita perlu menggunakan gambar hitam putih? Apa kekuatan sebenar gambar hitam putih ni? Bukan gambar yang penuh warna warni lebih menarik ke?

Banyak kelebihannya menggunakan gambar hitam putih ini. Sebuah album kahwin kalau tanpa ada sekepingpun gambar hitam putih, agak bosan juga…. pada sayalah…. gambar hitam putih di dalam sebuah album berwana sudah pasti akan menonjol kerana ianya lain dari yang lain.

Ramai yang  tahu, fotografi berkaitan dengan cahaya. Tapi, tahukah anda yang keamatan cahaya itu lebih menyerlah di dalam gambar hitam putih? Di dalam gambar hitam putih anda boleh lihat perbezaan tona yang jelas dan menjadikan detail di dalam gambar tersebut lebih terserlah.

Lihat aje gambar di bawah ni….(Gambar dari Sample Pictures satu Picture editing software)

Cantik kan? Merah menyala…

Gambar yang sama, tapi di hitamputihkan. Dapatkah anda lihat, di dalam gambar hitam putih ini, ada sesuatu yang tak dapat dilihat dgn jelas di dalam gambar berwarna, tapi dapat ditonjolkan di dalam gambar hitam putih ini. Perhatikan tona warna hitam putih dari hujung kelopak hingga ke tengah. Sekiranya gambar ini dilihat dalam saiz yang besar, kita akan merasa satu perasaan tenang jika dibandingkan dengan gambar berwarna. Perhatikan juga di hujung2 terutamanya di kelopak di sebelah atas. Dapat anda lihat tekstur garis2 kelopak tersebut? Bandingkan dengan gambar berwarna di atasnya. Inilah antara kelebihan dan kekuatan yang terdapat di dalam gambar hitam putih.

Gambar di bawah pula merupakan gambar Favourite saya dalam siri gambar kahwin yang saya amek bulan 6 hari tu… Saya suka yang hitam putih, anda?

Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa lain orang lain citarasanya. Dunia fotografi adalah dunia yang subjektif. Semuanya bergantung kepada mata masing-masing.

Sekian saja untuk post kali ini.

Pada post akan datang saya bercadang untuk menunjukkan cara-cara menukar gambar berwarna kepada B&W dengan cara yang mudah di dalam Photoshop CS4.
Nantikannya ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s